Isnin, 26 Mac 2012

fuuhhh!!! fuuuhhhh!!

assalammualaikum..
aduuuhh banyaknye habukkk! hehehe lama dah x jengah blog. ape kabar org2 bloger? sehat?
klu sy nk kata sehat xberapa nk sehat,baru lepas kehilangan kucing tersayang,
al maklum sy ni memang suka sangat kat haiwan 1 tu.
ari ni nk citer sal dia sbb sedih xilang lg..sape sudi baca teruskan la yg xnk tu xpe.
'TAM-TAM',kucing biasa je,mula masa kecik adik kutip dia bawak balik sy xsuka pun sbb banyak sangat kucing kat umah,xdan nk jaga rmh pun dah mcm ape.
tapi bila dah besar dia memikat hati sy dengan kebijakannya.perangai dia cam agak bengong sikit tu lah yg sy suka n dia faham ape yang kita cakap kat dia..
tiap kali orang makan dia mesti ade,xkira la orang makan ape pun..sy sllu marah kat dia.
n susah sangat nk kluar rmh,tido dlm bilik sy..bila masuk bilik je bising2 panjat sana sini,
habis semua pecah..tp tu semua tinggal kenangan 2minggu lepas dia sakit xnk makan ape2 cuma minum je, sy bg ubat tapi xberkesan..sy rasa dia termakan benda beracun,masa nazak sy tunggu dia sy nangis xhenti2 n berdoa kat allah, ya allah kuatkan lah dia menjalani ujian mu..sy syg sgt kat dia rasa mmg xsanggup kehilangan dia..masa tu bila sy pergi kebilik tuk menenang kan hati n sebak sy,terdetik dlm hati ni berkata 'sy akan ikhlas lepaskan dia andai ini jln yg allah dah tentukan tok dia.tetiba terdengar bunyi tercekik 2x,sy keluar tengok dia hanya air mata je yg dpt menitis lagi..dia dah xde seluruh badan dia kejang sampai ke ekor2 skli..ya allah. sy xdapat bayangkan betapa sakitnya dia menghadapi sakaratulmaut..n sy xsangka dia cuma tunggu sy redhakan dia pegi.pas ni sy xnk syg sgt kat mana2 kucing.sedih bila dia tinggalkan kita..
TAM-TAM akan sllu dlm kenangan mama...

                                                                                              


Akhirnya..pegi jugak tam2 mama..selepas je hati ni trdetik akan redha tok lepas kan dia. Pas ni xde lg dah yg pecah kan barang kat bilik ni..xde lg dah muka yg pasti ade bila org mkn ape je n xde lg dah yg menyahut bila nama tam2 diseru..sedih nyeee


Isnin, 17 Oktober 2011

**ibu**


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Jumaat, 23 September 2011

**KHAS UNTUK SANG SUAMI**

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:) Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... ... ... Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..............................

....................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....

Sabtu, 25 Jun 2011

**wanita**

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...:)

Ahad, 8 Mei 2011

**puisi untuk ibu**



Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu menyibukkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DISELURUH DUNIA..

Selasa, 3 Mei 2011

asalammua'laikum..ohokk!..ohokkk!!

dah lama xwat entry..sebok memanjang je huuhuhuh..

dalam kesakitan tekak n sambil terbatuk2 sy wat la entry gak..
rindu dah lama xjegah blog..huhuhuuh..
ape pun pe kabo u all semua harap sehat la ye..
jgn cam sy ni dah seminggu lebih batuk memanjang.
dah p klinik,n mam ubat batuk pun dah berbotol2
aadduuuhhhh!! suara pun xtau lari p mana..
sy dah suh suara 2 blk tp dia degil la..
bila la nk sembuh niii!!!

Kucing dan Nabi Muhammad SAW


Diceritakan pada suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Di suatu saat, semasa baginda hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang tidur diatas jubahnya. Untuk tidak mengganggu haiwan kesayangannya itu, baginda pun menolak perlahan-lahan tangan Mueeza dari jubahnya. Ketika baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada baginda. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengulas secara lembut ke badan Mueeza.

Setiap kali baginda menerima tetamu di rumah, baginda selalu memangku Mueeza Di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang baginda suka ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan seolah-olah menyahut suara azan. Baginda juga berpesan kepada para sahabat agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini adalah sangat berat.Di dalam sebuah hadis shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri. Justeru, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa api neraka. ( Bagaimana pula kepada mereka yang membunuh kucing seperti yang terjadi baru-baru ini ? Sudah terang lagi bersuluh )

Baginda menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis bahkan diperbolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minuman kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah SAW yang tidak boleh membaca berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis?
Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Keistimewaan Kucing :

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk mencegah unsur-unsur bakteria.
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dirinya dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing ditutupi dengan pelbagai ketulan kecil,
ketulan ini mempunyai permukaan yang tidak rata seperti kikir atau gergaji. 
Ia sangat berguna untuk membersihkan kulitnya dari segala kotoran. Selain itu,
cuba anda perhatikan ketika ia minum, tidak ada setitis air pun yang jatuh dari lidahnya.
Ia juga merupakan alat pembersih dimana permukaannya yang kasar boleh membuang
bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.